Thursday, June 21, 2012

Turutan Anak & Makna Unsurnya

Sejak dah ada my princess ni selalu jugak menjengah mencari info tentang karekter anak anak.Apa yang aku tahu ni terasa nak berkongsi untuk ilmu bersama.Mungkin boleh dijadikan panduan untuk kenal karekter kawan-kawan anda atau mungkin jodoh anda.Dari situ kita boleh kenal dan cuba untuk menserasikan diri.Apa-apa pun ini semua hanyalah petua so mungkin juga ada yang tepat.Takpe...Lets chek it out first!


  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas

Sifat anak berunsur tanah

  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api

  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin

  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
Anda yang mana satu?

Tuesday, June 19, 2012

30 Perkara Tentang Cinta Seorang Wanita

Sekadar perkongsian santai...Setujukah anda dengan fakta-fakta tersebut?



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Kembali Berblogging!

Dah berkurun kot aku tak update blog.Baru sekarang sempat menjengah blog aku yang sudah tebal debunya.Kenapa korang tak tolong  bersihkan blog aku yang dah berhabuk bagai ni? Sekarang ni pun curi-curi waktu nak menggatalkan tangan mengupdate blog yang hampir usang tergendala ni.

Sekarang ni titlle aku dah berubah daripada 'Cik' kepada 'Puan'.Kehidupan orang dah kahwin ni lain la tak macam zaman anak dara dulu.Lagi-lagi sekarang aku dah ada anak.Princess kesayangan aku.Banyak ragamnya tak payah ceritalah.Tak apa lah.Ini adalah salah satu cabaran dalam kehidupan.Hidup ini memang tak lekang dengan dugaan dan cabaran.Mujur ada keluarga sebagai pembakar semangat.Family is important you know!


Takkan aku lupa saat saat mengandung my princess.Nasib baik aku ni tak mengidam yang bukan bukan.Nak story pasal saat aku melahirkan my princess ni mungkin di lain entri la.Itupun kalau ada masa.Hehehe...Akan cuba aku usahakan.Now,my princess yang banyak ragam ni lah penyeri hidup aku.Terfikir nak cari kerja untuk membantu suami.Mungkin dalam bulan 7 kalau ada rezeki.Sekarang ni full time menguruskan my princess je.


Akan datang aku bakal bergelar ibu yang bekerjaya.Insya.Allah.Mudah-mudaham segalanya dipermudahkan Yang Esa.Amin...