Thursday, September 10, 2009

raya...kau kembali lagi...

Tik tok! Tik tok! Kejap rasanya tempoh kita berpuasa. Tak lama lagi kita akan menyambut hari lembaran... eh bukan...silap... hari lebaran yang mulia lagi berpahala serta lagi mengeratkan silaturrahim antara kita. Mesti sekarang masing2 sibuk mencari persiapan dan kelengkapan serta keperluan beraya. Nak cari tue, baiklah berpada2. Janganlah semua mahu ditukar serba baru. Buat lah semuanya serba sederhana. Macam aku tahun ni, macam biasa tahun2 sudah. Buat ala kadar aje. Yang penting, cari keperluan adik yang semakin membesar cam batang buluh... hehehe... akulah manusia yang paling ketot kat rumah aku... nak lepas tinggi mak pun tak dapat... Apa yang penting... tahun ni tak payah susah2 cari baju raya sebab ada insan yang baik hatilah.. dah hadiahkan aku baju raya awal2 ag... Mulanya tak nak terima, yelah, macam tak mampu plak nak beli baju sendiri... Tapi dia cakap itu kira hadiah busday aku walaupun lagi 3 bulan nak sambut busday aku tu... Tapi orang nak bagi, terima ajer lah yerk. Bak kata orang yang dulu2 lah, rezeki jangan main tolak2 aje, musuh pulak tak payah susah2 nak cari, nanti datang la musuh tu kat korang... Hehehe... Urm, tahun ni sedih lah
Tak dapat cuti lama. Raya ke-4 dah kembali bertugas sebab tak ada buffle stock untuk customer. Jadi, pada sapa2 yang berhajat nak beraya kat rumah aku, datang lah raya ke-2... Raya ke-3, aku plak nak pi beraya. Sabtu dan Ahad, minggu pertama raya, aku dah kena booking. Pi beraya dengan member2. Pergh...!!! Memang minggu yang memenatkan. Nanti nak pi beraya dari Rengit, sampailah ke Batu Pahat... Semua member dah ajak pi datang beraya rumah mereka... Nak tak nak... Kena lah datangkan... Tak pelah... Demi hari raya yang mulia ini... Sama2lah kita memenatkan diri dan membuncitkan perut dengan menghadirkan diri ke rumah member2... Hehehe... Jadi, sebelum aku bertamabh busy dengan urusan rumah yang masih belum berkemas, mengo.t.kan diri tiap2 hari bekerja ( termasuk hari Sabtu dan Ahad) serta melayan kerenah manusia2 di rumah ku ini, aku ambil kesempatan ini untuk wish korang semua dengan ucapan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN... Adios semuaaa!!! Tik tok! Tik tok! ( Kembali menghitung hari untuk mendengar ucapan cop mohor diraja yang kat t.v tue... pasal bile nak raya... hehehe... )

Wednesday, September 2, 2009

lega betul!!!

Akhirnya!!! selepas menunggu lebih dr 5 bulan, berjaya gak aku abiskan lesen memandu ni. Walau duit aku kene tipu dekat RM 500.00 lebih, tapi nasib baik boleh catch up balik. Ini semua dugaan. Selepas dua kali ulang test, dapat gak lesen P ni. Bulan depan baru boleh buat lesen P sebab gaji tak ada lagi. Hehehe. Well, tahun depan nak plan beli motor pulak lepas dapat bonus nanti. Korang rasa, motor apa yang best? Aku nak cari motor yang ringan dan laju serta tak tinggi. Maklumlah, aku ni rendah ajer orangnya. Takut tak sampai pulak. Tapi kalau boleh, tak nak la motor Honda Wave sebab ramai sangat orang kat kilang aku ni dah pakai motor jenis ni. Bosan la. Tak ada kelainan langsung! Nak beli motor Suzuki Lagenda, abang sepupu sebelah rumah dah pakai pulak. Sibuk betul la. Apa pendapat korang???