Thursday, June 21, 2012

Turutan Anak & Makna Unsurnya

Sejak dah ada my princess ni selalu jugak menjengah mencari info tentang karekter anak anak.Apa yang aku tahu ni terasa nak berkongsi untuk ilmu bersama.Mungkin boleh dijadikan panduan untuk kenal karekter kawan-kawan anda atau mungkin jodoh anda.Dari situ kita boleh kenal dan cuba untuk menserasikan diri.Apa-apa pun ini semua hanyalah petua so mungkin juga ada yang tepat.Takpe...Lets chek it out first!


  • Unsur Tanah  - Anak pertama, kelima, kesembilan
  • Unsur Air       - Anak kedua, keenam, kesepuluh
  • Unsur Api      - Anak ketiga, ketujuh, kesebelas
  • Unsur Angin   - Anak keempat, kelapan, kedua belas

Sifat anak berunsur tanah

  • Pendiam, pendengar yang baik,penyabar dan setia.
  • Tidak mudah membangkang, dengar kata dan boleh dibawak berbincang.
  • Berpewatakan manis, lembut hati, suka memendam rasa dan sensitif
  • Tidak banyak karenah, tidak cerewet , menghormati orang lain, rendah diri dan tidak sombong
  • Suka pendam rasa marah sampai satu tahap boleh meletup (seperti gunung berapi)
  • Lambat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan

Sifat anak berunsur air 
  • Sentiasa tenang dan menyejukkan perasaan orang lain
  • Membuat kerja dengan teratur, teliti dan pantas
  • Keras kepala, sukar dilentur dan dibentuk. Dia je yang nak menang.
  • Manja, lembut hati dan sensitif
  • Air yang tenang, jangan disangka tiada bah !!Mood yang mudah berubah2

Sifat anak berunsur api

  • Semangat yang tinggi, sangat aktif  dan berkobar
  • Sangat teliti dan berwaspada
  • Suka menyakat dan mengenakan orang lain
  • Panas baran dan mudah melukakan hati orang lain
  • Sangat kuat cemburu

Sifat anak berunsur angin

  • Melembutkan hati orang lain
  • Mood berubah2 ikut suka hati dia je
  • Suka menolong orang dan boleh memberi kerjasama
  • Suka membuat hal sendiri dan keras hati
  • Suka mempamerkan perasaan sekiranya tidak puas hati
Anda yang mana satu?