Wednesday, September 2, 2009

lega betul!!!

Akhirnya!!! selepas menunggu lebih dr 5 bulan, berjaya gak aku abiskan lesen memandu ni. Walau duit aku kene tipu dekat RM 500.00 lebih, tapi nasib baik boleh catch up balik. Ini semua dugaan. Selepas dua kali ulang test, dapat gak lesen P ni. Bulan depan baru boleh buat lesen P sebab gaji tak ada lagi. Hehehe. Well, tahun depan nak plan beli motor pulak lepas dapat bonus nanti. Korang rasa, motor apa yang best? Aku nak cari motor yang ringan dan laju serta tak tinggi. Maklumlah, aku ni rendah ajer orangnya. Takut tak sampai pulak. Tapi kalau boleh, tak nak la motor Honda Wave sebab ramai sangat orang kat kilang aku ni dah pakai motor jenis ni. Bosan la. Tak ada kelainan langsung! Nak beli motor Suzuki Lagenda, abang sepupu sebelah rumah dah pakai pulak. Sibuk betul la. Apa pendapat korang???

No comments: